Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh ditemui mati dalam kereta

Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh, Rosyuri Mat Riffin, ditemui mati dalam kereta dipercayai kena serangan jantung ketika memandu pulang dari menonton perlawanan bola sepak diantara Kelantan dan ATM di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Mayat Rosyuri ditemui orang ramai di dalam keretanya yang diletakkan di tepi jalan di simpang empat lorong belakang al-Quds Travel, di Wakaf Siku kira-kira jam 7 pagi tadi.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi selepas menonton perlawanan bola sepak tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman.


Rosyuri Mat Riffin ketika berucap pada Program Titian Gemilang V Anjuran Pemuda UMNO Ketereh Dan Universiti Malaya pada tahun 2009. Mari kita setelah Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge