Nik Aziz dapat cicit kembar

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima perkhabaran gembira sempena hari lahir yang ke 82 apabila mendapat cicit kembar yang dilahirkan pada 21 Januari lalu. Pasangan kembar perempuan itu selamat dilahirkan di klinik swasta An-Nur, Kubang Kerian kira-kira jam 7.15 pada hari Isnin lalu.

“Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai ertinya. Ia cukup membuatkan saya begitu gembira dan amat bersyukur sekali.

“Mudah-mudahan mereka dapat menyambung risalah perjuangan Islam sebaiknya,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam. Nik Aziz mempunyai 57 cucu dan dua cicit kembar.

Nama cicitnya itu adalah Nik Isya Zulfa dan Nik Isya Zaheera dan merupakan anak sulung kepada cucunya Nik Farhana, 27 tahun.
image
Nik Aziz bersama Tuan Sabariah Tuan Ishak mencium cicit sulung mereka semalam. – foto Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge