Nik Aziz dianugerahkan Tokoh Pendidik Nusantara

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidikan Nusantara di Himpunan Pendidik Islam 2012 yang berlangsung di Dewan Unisel Shah Alam, Selangor semalam.

Anugerah Pendidik Nusantara ini disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor Halimah Ali yang turut disaksikan oleh Mustasyar Pendidik Datuk Abu Bakar Chik dan Presiden Pendidik Normala Sudirman.

Dalam Majlis itu,Tuan Guru disarungkan jubah warna keemasan dan dihadiahkan sijil pengiktirafan sebagai Tokoh Pendidik Nusantara.

Himpunan yang berlangsung setengah hari itu turut dihadiri kira-kira 1,000 guru khasnya dari Selangor.


Gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diambil semalam.-HD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge