Pasangan Beregu Utama Jadi Pengapit Chong Wei.

Diantara enam pengapit yang dipilih oleh Datuk Chong Wei pada majlis perkahwinannya,pasangan beregu utama negara Koo Kean kata Keat dan Tan Boon Heong turut tersenarai.Menurut Chong Wei,selain Kean Keat dan Boon Heong pengapit lain terdiri daripada rakan-rakan baiknya.

“Terdapat enam pengapit pengantin lelaki dan enam pengapit pengantin perempuan.Saya pilih enam sebab ia adalah nombor bertuah saya,”katanya pada sidang akhbar di DL Fashion,butik pengantin.

Tunang Chong Wei,bekas pemain perseorangan badminton wanita negara,Wong Mew Choo turut hadir pada sidang akhbar tersebut.Chong Wei juga mengesahkan pemain China yang merupakan pesaing utamanya Lin Dan tidak dapat hadir pada majlis itu.

“Beliau menyampaikan pesanan meminta maaf tidak dapat hadir.Beliau akan menyertai Kejohanan Terbuka China pertahankan kejuaraannya,” kata pemenang pingat perak Olimpik itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge