Pembantu Rumah Aznil Nawawi Warga Indonesia Disyaki Mencuri

Dilaporkan sejumlah barang kemas milik ibu Aznil Nawawi disyaki dicuri oleh pembantu rumahnya warga Indonesia.

Kejadian ini berlaku di rumahnya di Taman Yarl, Jalan Klang Lama dan disedari kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

Aznil Nawawi menerusi¬† Twitternya¬† meminta orang ramai yang mengenali pembantu rumah yang bernama “Soimah” itu agar memberkasnya atau menghubungi balai polis berhampiran.

Aznil yang kini berada di Afrika Selatan untuk penggambaran program televisyen Fear Factor menerusi SMS kepada Kosmo memberitahu dia tidak tahu jumlah kerugian tetapi menurutnya beberapa gelang dan rantai ibunya telah dilarikan.

Pada bulan Ogos lepas rumah Aznil Nawawi dilaporkan telah di pecah masuk penjenayah. Dalam kejadian itu Aznil kerugian kira-kira RM40,000 apabila barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki dilarikan perompak.

Gambar Soimah yang dikehendaki kerana disyaki Maling hartanya Pak Nil.. – foto Mstar.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge