Ada orang kata, buruk sangat rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernahkah anda melihat lelaki merajuk? Pernahkah anda lihat lelaki tarik muka? Sebenarnya semua manusia, tak kira lelaki atau perempuan memang ada perasaan merajuk.
Merajuk biasanya terjadi apabila seseorang memendamkan rasa tidak puas hati atau marah terhadap orang yang rapat atau baik dengannya. Reaksi muka dan tindakan akan ditunjukkan seiring. Apakah tanda-tanda awal seseorang lelaki merajuk? Anda selidiki tanda-tanda di bawah dan jika salah satunya ada pada si dia, maknanya si dia sedang merajuk dengan anda.
Antara tanda-tanda lelaki merajuk ialah:
1) Diam seribu bahasa
Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pon tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.
2) Buat tidak tahu
Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.
3) Menolak untuk keluar atau makan bersama
Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.
4) Bermuka masam
Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yangs sedang merajuk.
5) Baca surat khabar
Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.
6) Menonton TV
Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tapi hatinya ke lain.
7) Keluar rumah tanpa memberitahu
Ada lelaki tidak mahu memberi keluar rumah tanpa memberitahu ke mana dia pergi, kononnya nak tunjukkan protes.
8) Matikan telefon bimbit
Ini tabiat biasa orang sedang merajuk. Tidak mahu diganggu disaat peraannya terganggu. Dia mematikan telefonnya dan bila ditanya dikatakannya kehabisan bateri. Alasannya mudah kerana tidak mahu mendengar suara anda dikhuatiri kan menjadi lebih bengang.
Cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda. Jika tak boleh, diam saja, biarkan dia reda sendiri.
9) Tidur di bawah katil
Ada sesetengah lelaki apabila merajuk pasti tidak mahu tidur sekatil dengan isteri. Biasanya, apabila dilanda perasaan marah atau merajuk, si suami akan berpindah ke bawah katil dengan hanya membawa sebiji bantal tanpa selimut pun..adakah suami anda begitu..?? hmmm…renung renungkan lah..



January 8, 2011
#1
hohoho.. biasanye bermuka masam ngan diam jerr kalo aku maraa.. hehe, tkde lebih2.. laki cepat hilang marah.. haha.
samanosuke_04´s last [type] ..Dota 2 Bakal Keluar Hujung 2011!!
January 20, 2011
#2
haha..buat dek ajer…
titan´s last [type] ..Setahun lebih bersama dengan Adfly
March 21, 2011
#3
Yg suami terpaksa tido bawah tepi katil tuh paling bahaya buk.
Kalo da lama bergegar akal bapak tuh amat pintar putarannya buk…
Kalo gak dipujuk segera sangkanya ibuk da gak bisa lagi bekerja.
Koq dibawanya bibik Indon bisa bantu ibuk urus rumahtangga….
April 20, 2011
#4
Semua point kat atas tu betul belaka ciri2nya. Suami ku juga mudah merajuk.hehe. Olehitu, Saya kena pandai main peranan utk pujuk di
MEKAR´s last [type] ..Rahsia Mahukan Pokok Tumbuh Subur
April 20, 2011
#5
Kalau dalam kes keluarga kami, biasanya no. 1,2,3 dan 4 sangat terpakai. Nasib baik senang aje nak pujuk mr suami ini
MEKAR´s last [type] ..6 Makanan Boleh Turunkan Kolestrol
July 31, 2011
#6
@ titan:
betul tu…buat dek aje..haha
July 31, 2011
#7
@ MEKAR:
hebat puan mekar ni…pandai memujuk
July 31, 2011
#8
@ MEKAR:
moga bahagia selamanya
July 31, 2011
#9
no.9: tido dibawah katil…adakah masih ada camni? haha
July 31, 2011
#10
4) Bermuka masam
jarang nampak ayah saya camni..haha
July 31, 2011
#11
suami tak elok merajuk kan..ahaha
March 22, 2012
#12
hehe….mmg merajuk tu ada jugak bagusnya…tp kalau selalu…mau pening jugak nak melayannya…hohoho
byk betul teknik nak merajuk…hehehe
hafizmd´s last [type] ..Wordless Wednesday Buku 5