Pakar Akar Kayu

SEKALI pandang, dia kelihatan biasa sahaja. Bila dua kali pandang, dia sebenarnya luar biasa. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh seorang lelaki yang ditemui di FELDA Sg. Tiang, Pendang, Kedah.

Zulkifli Awang, 45, mempunyai kelebihan yang luar biasa. Dia boleh membuat pelbagai ubat tradisional dari akar-akar kayu. Selain itu, dia juga mahir mengurut dan dapat memulihkan lemah tenaga batin. Zulkifli merupakan seorang peneroka FELDA Sg. Tiang. Subuh–subuhlagi, dia sudah keluar untuk menoreh getah sehingga ke tengah hari.Sebelah petang pula, masanya banyak dihabiskan di dalam hutan mencari akar-akar kayu setelah ditempah dari beberapa pelanggan tetapnya dan membuat ubat-ubat tradisional. Sebelah malam pula, ada saja pelanggannya dating untuk mendapatkan khidmat urut. Begitulah aktiviti harian yang dilaluinya selalu saja sibuk.Walau bagaimanapun, dia tidak pernah mengeluh.

Dikalangan penduduk setempat, Zulkifli seorang yang kurang dikenali, namun bila sebut tukang urut, ramai kaum lelaki veteran mengenalinya. Ini kerana, Zulkifli jarang bercampur dengan penduduk setempat kerana masanya banyak dihabiskan di lading dan di hutan.Kalauada pun, ia hanyalah pada sebelah malam, itu pun sibuk mengurut pelanggannya. “Pada saya, ia satu keseronokan.Biarpun sibuk, saya dapat membahagikan masa untuk berkhidmat dengan masyarakat setempat.Ia sudah sebati dengan jiwa saya sejak dulu lagi,” ujarnya.

Zulkifli mengenali hampir 1000 jenis pokok hutan, akar kayu dan daun pokok yang boleh digunakan untuk memproses pelbagai ubat.Katanya, sejak kecil lagi dia kerap mengikut arwah bapanya mencari akar kayu. Sehinggakan dia sudah hafal untuk menggunakan akar-akar kayu tertentu untuk membuat ubat. Dia sendiri mempunyai pengalaman memproses ubat untuk tujuan tertentu seperti ubat tenaga batin lelaki dan wanita, melangsingkan badan, mengurangkan darah tinggi, mengawal kencing manis dan banyak lagi. Pekerjaan mencari akar kayu bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan pengalaman, pengetahuan dan pantang larang. Jika mereka melanggar pantang larang, usaha untuk mendapatkan akar kayu akan gagal. Kalau tidak tahu caranya, seseorang itu tidak akan berjumpa dengan apa yang dicari malah mereka mungkin tersesat di dalam hutan dan boleh bertembung dengan binatang buas. Di dalam hutan, ada banyak penunggu yang menjaga pokok-pokok hutan tertentu dan kalau tidak kena dengan caranya, mereka mungkin akan berdepan dengan pelbagai masalah. Kalau niat tidak baik, mulutcelopar, macam-macam perkara boleh  berlaku. Jadi, kenalah hormat tempat tersebut dan minta izin terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu ketika berada di dalam hutan.

Pengalaman lebih 30 tahun itu banyak membantunya menambah pendapatan untuk menyara kehidupan keluarganya. Jika hendak dikirakan dengan pendapatan menorah getah sebelum harga melambung, berapa sangat yang boleh diperolehinya. “Syukur alhamdulilah..Pendapatan saya semakin bertambah dengan pengalaman yang saya ada. Semua ini adalah warisan yang saya pelajari dari arwah ayah,” ujarnya. Dan kini, Zulkifli dapat menarik nafas lega kerana hasil getah meningkat dan permintaan akar kayu dari pelanggan-pelanggannya. Dia percayai tu adalah rezekinya demi menyara dua orang anak bersama isterinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Pakar Akar Kayu

  1. Selepas urut pelanggan2nyer, dah lawas lobang cincin, hahaha…
    mesti ade jamuan percume minuman herba air power “Tongkat Ali..”

    .. :lala: :bye: :jahat: :haha: :sd: :kenyang: :ketawa: :jalan: ..

  2. salam, saya terlibat dalam akar kayu ni lebih kurang dalam 5 bulan,
    saya menjual air akar kayu …sejak akhir-akhir ni saya menghadapai masalah air tersebut berbau busuk seperti telur tembelang. saya nak tanya apaka puncanya?
    email saya [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge