Rahsia Dr.M Di Era Pemerintahannya.

Tun Dr.Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925 merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003,beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara Harimau Ekonomi Asia.

Namun,pastinya ramai yang tidak mengetahui rahsia di sebalik tempoh pemerintahan beliau terutamanya perjuangan membantu rakyat Islam di seluruh dunia.Jom baca rahsia yang mungkin belum atau sudah anda ketahui mengenai Tun.Dr Mahathir dibawah:

1) Dialah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2) Dialah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seislam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu.“Kalau negara Arab ini
tidak datang membantu,kita hantar sahaja askar kita,”-Tun Mahathir.

3) Dia yang berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia jugalah pemimpin islam yang Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia yang digelar Maha Firaun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj/Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia berusaha keras,tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

9) Ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya.Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya dari semua segi,tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.

Ada juga yang menyatakan,beliau yang keras menolak pelaksanaan hukum hudud telah keluar dari Islam.Secara jelasnya,untuk melaksanakan hukum Islam di negara yang majmuk budaya,adat dan agamanya,bukanlah sesuatu yang mudah.Jika silap perhitungan mungkin boleh menyebabkan huru-hara berlaku,paling serius isu perkauman dan keagamaan yang mampu menghancurkan sesebuah negara jika ia berlaku.

Namun pelaksanaan hukum hudud tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil,cuma memerlukan perincian,kerjasama semua pihak yang berkepentingan.Perlu difikirkan,di Malaysia ini,kuasa ekonomi dipegang oleh masyarakat Cina.Sepertimana pertumbuhan ekonomi kita bergantung kepada ekonomi global Eropah-Amerika,begitu jugalah kebergantungan sebahagian rakyat terhadap mereka.

Apa yang jelas,mengubah sesuatu kelaziman itu bukan semudah yang disangka.Apatah lagi ianya melibatkan perlembagaan negara yang telah dipersetujui semenjak kemerdekaan lagi.Sejak laungan kemerdekaan itu bergema,sejak itulah isu perlembagaan negara menjadi asas dan perkara yang paling sensitif untuk disentuh oleh setiap rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Rahsia Dr.M Di Era Pemerintahannya.

  1. hukum datangnya dari Allah,Maha Pencipta dan Maha Mengehtahui…
    Allah lebih arif tentang apa yang akan berlaku,memang bukan mudah untuk mengangkat hukum Allah,tapi itulah perjuangan menegakkan agama Allah S.W.T..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge