Surat Cinta Anwar Ibrahim dilelong RM50,000

Pada 29 September lepas, Pakatan Rakyat telah mengadakan majlis makan malam perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.

Dilaporkan 2, 250 orang menyertai majlis itu. Ketika Majlis makan malam berlangung, satu Majlis lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat juga telah diadakan.

Antara barangan yang dilelong untuk dana tabung pilihan raya ke 13 itu ialah surat cinta Anuar Ibrahim dari penjara kepada isterinya Wan Azizah, gambar dan terendak Ustaz Hadi, teddy bear Teresa Kok,  poster filem Karpal Singh, gambar dan tongkat Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan lain-lain lagi

Harga lelongan tertinggi dibayar dalam majlis itu  ialah  surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Wan Azizah yang ditulis beliau dari penjara. Ia dibayar dengan harga RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang membeli surat itu.

Hasil dari semua lelongan barangan tersebut, Pakatan Rakyat telah berjaya mengumpul sebanyak RM182,000 .

Barangan lain yang dilelong dan harganya:

Gambar dan terendak Ustaz Hadi dengan harga RM17,000 (Dibeli oleh Sri Jalaraman )

Kartun yang dilukis secara ‘live’ oleh Kartunis Zunar yang bertajuk ‘Kuasa Rakyat’  dibeli dengan harga RM32,000.(Kredit Harakah Daily)

  • Pen yang digunakan Lim Guan Eng ketika dalam penjara dibeli dengan harga RM23,000 (oleh Ronie Liu).
  • Barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden PAS dibeli dengan harga RM11,000.
  • Gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000)
  • Teddy Bear Exco Selangor, Teresa Kok (RM10,000)
  • Gambar dan tongkat Tuan Guru Datuk Nik Aziz (RM12,000)
  • Poster filem Karpal Singh (RM12,000)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge