Tips Menjalinkan Hubungan Akrab

Best friends !! kawan baik,,seseorang yang sangat korang perlukan dalam kehidupan seharian korang. Best friend korang nie lah yang bersama kita tatkala susah dan senang, tapi kadang-kadang korang pon tak tau macamane utk menjaga hati diorang kan.?? Kat sini ada bagi tips macam mane utk menjalinkan hubungan yang akrab dan lama dengan kekawan korang. Selamat mencuba..amalkan tau jangan tak amal..

  • Jangan sesekali panggil kawan korang tue dengan panggilan “hoi” atau “hei”..biadap dan tak sopan namanya tue..kalau kawan aku yang panggil aku dengan panggilan camtu, jawabnya nak kena baling dengan wedges la si dia yang memanggil tue. Sebaik-baiknya, panggil la kawan korang tue dengan namanya sendiri. Kalau nama kawan korang tue Juliana, panggil la dia dengan nama Jue,,kan ke lebih manis..
  • Kalau korang nak kan seseorang teman yang sanggup mendengar masalah korang, korang sendiri pon mestilah jadi seorang pendengar yang baik dan sabar. Kan kan kan??
  • Jangan sesekali korang bercakap secara kasar kepada kawan korang walaupon korang dah kenal sejak kecik lagi. Bayangkan kalau kawan korang berkasar dengan korang, apa perasaan korang?? Sebaik-baiknya kalau nak bercakap tue fikirlah dulu,,jangan main redah jer..nanti kalau korang hilang kawan, sapa yang susah..?? Jadilah seorang yang budiman, peramah dan manis tutur kata. Kompom kawan korang ‘lekat’ kat korang..hukhuk.. Perhatian : tips nie hanya untuk kawan2 jer..bagi yang nak mengayat awek tue, lain cerita k,.
  • Ikhlas terhadap kawan korang. Janganlah korang berkawan semata-mata kerana duitnya atau kehensemannya.
  • Jangan kedekut dengan pujian tapi kedekutlah dengan kritikan. Fikir-fikirkan la ek?
  • Korang mesti hormati personaliti dan perwatakan kawan korang. Janganlah sebab kawan korang tue ‘sotong’, korang pon nak panggil dia ‘sotong’ gak..kalau korang nak panggil jugak, jangan terkejut kalau si ‘sotong’ tue jadi sotong kurita pulak..
  • Yang akhir tapi bukan yang terakhirnya, bertolak ansurlah dengan perasaan kawan korang.

Renung-renungkan..dan selamat beramal..!!

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Tips Menjalinkan Hubungan Akrab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge