Tun Mahathir Mentor SRK

Demi menghargai jasa Tun Mahathir yang merupakan salah seorang pelanggan setia butik mereka,Lord’s Tailor telah mengadakan sebuah majlis ulang tahun yang dihadiri oleh 200 tetamu VVIP dan selebriti di Hotel Le Meridien,KL Sentral,Kuala Lumpur pada 14 Disember lalu.Pihak Lord’s Tailor membuat kejutan kepada Tun Mahathir dengan membawakan aktor tersohor Bollywood,Datuk Shah Rukh Khan sebagai ‘hadiah’ kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu.

Sementara menunggu kehadiran Shah Rukh Khan,majlis diserikan dengan persembahan penyanyi kegemaran Tun Mahathir,Datuk Yusni Hamid serta Amanda Imani dan seorang penyanyi India,Dr.Burns sebagai pembuka tirai majlis tersebut diiringi muzik Datuk Mokhzani Ismail.Shah Rukh Khan yang tiba sejam selepas majlis bermula terus memberi penghormatan kepada Tun Mahathir dengan menyanyikan lagu Happy Birthday dan Kuch Kuch Hota Hai yang katanya khas buat mentornya itu.

Shah Rukh Khan yang juga digelar SRK membuka rahsia,setiap tahun dia pasti tidak akan ketinggalan dan meluangkan masa untuk bertemu Tun Mahathir beberapa kali setahun.Sementara itu,sepanjang majlis berlangsung Tun Mahathir sentiasa mengukir senyuman dan kelihatan gembira.Beliau juga amat berterima kasih di atas kehadiran aktor tersebut serta tetamu yang sudi hadir meraikan hari ulang tahunnya yang jatuh pada 10 Julai lepas.

Antara tetamu selebriti yang turut meraikan ulang tahun idola kesayangan ramai tersebut ialah Datin Paduka Umie Aida dan suami,Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan,Vanidah Imran dan Rashidi Ishak,Esma Daniel dan isteri,Eja dan suami,Sofea Jane dan Fizz Fairuz.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge