Rahsia Personaliti Diri bhg 2

a) Peramal

Bersifat ;

  1. Gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa.
  2. Selalu mempunyai  jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru.
  3. Tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh.
  4. Gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut.
  5. Sering memberi jawapan berbentuk umum.
  6. Gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa.
  7. Banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan.
  8. Suka menguji kebolehan orang lain.

b) Personaliti Pemikir

Bersifat ;

  1. Mudah mengingati nombor berbanding wajah dan nama orang.
  2. Sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik.
  3. Yang penting, dia mestilah benar setiap masa.
  4. Kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik.
  5. Baik dalam merancang segala kerja dan mengurus kerja peribadi.
  6. Suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.

c) Personaliti Sensitif

Bersifat ;

  1. Sering membayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati pada perasaan dan kehendak dan kesukaan orang lain.
  2. Dalam membuat keputusan, mereka sering  mengambi berat mengenai apa yg orang lain akan rasa dan bukan apa yang betul.
  3. Suka menolong orang lain walaupun tahu mereka akan dipergunakan.
  4. Tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain.
  5. Akan melakukan apa sahaja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge