Jom Main Labyrinths..!

Hmmm..korang tau tak apa itu permainan labyrinths & mazes? Tak tau? Untuk pengetahuan korang, permainan labyrinths ini adalah permainan teka-teki berkonsepkan alam semulajadi. Masa kecik-kecik dulu, pernah tak korang main permainan melukis dan mencari jalan keluar untuk anak ayam yang tersesat dan nak pulang ke rebannya tu?? Tak tau lagi..ha..korang tengok la gambar di bawah..

Hmm..ingat tak permainan nie? Bezanya, masa kecik-kecik dulu korang main permainan nie cuma atas kertas aje, tapi adakah korang tahu bahawa wujudnya permainan ini di alam nyata dan ia juga berkonsepkan alam semulajadi dan tumbuh-tumbuhan? Di sini, eSempoi nak list kan venue top5 permainan labyrinths & mazes  di dunia.

1. Pineapple Garden Maze (Hawaii)

 

Pineaple Garden Maze di Wahiawa, Hawaii pernah mencatatkan namanya di dalam Guinness Books of Records pada tahun 2001 kerana jalur labyrinths nya yang rumit telah dibuat daripada 14 000 jenis tumbuhan seperti bunga raya (hibiscus), croton, panax, heliconia, bahkan nanas!

2. York Maze, tanda penghormatan kepada Star Trek (UK)

 

Labyrinths unik ini dihasilkan daripada sejumlah 1.5 juta tanaman di atas tanah seluas 13 hektar. Perancangan pembuatan labyrinths ini menggunakan teknologi satelit untuk memastikan pengubahan atau pemindahan jalurnya setepat yang mungkin. York Maze ini dicipta hasil bahat kreatif Tom Pearcy sebagai tanda memperingati Star Trek ke-40.

3. Reignac-sur-Indre Maze (France)

Labyrinths Reignac-sur-Indre terletak di Touraine, dan ia mula dicipta pada tahun 1996 dengan jkeluasan sekitar 4 hektar. Bentuknya yang melingkar mengingatkan kita pada fenomena crop-circle. Setiap tahun terdapat sekitar 85 000 seniman mengunjungi tempat ini untuk mencari inspirasi bagi karya seni mereka.

4. Peace Maze (Irlandia)

Labyrinths ini dibuka secara rasmi pada tahun 2001, dan ia mencakupi kawasan seluas 1.1 hektar dengan kepanjangan jalurnya adalah 3147 meter. Diperbuat daripada 6000 batang pohon yew, dan ditanam oleh masyarakat di Irlandia bahagian utara.

5. Snake Maze (UK)

Michael Blee yang pada masa itu berusia 62 tahun menghabiskan waktu beberapa bulan menciptakan 2.5 hektar untuk membentuk labyrinths di Gore Farm, Upchurch, berdekatan Rochester, Kent. Snake Maze merupakan labyrinths paling rumit yang pernah dibuat oleh Micheal Blee ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge