
Aku ingat lagi waktu tu aku datang ke putrajaya ( setahun lepas) lawatan Part 4 untuk subjek construction, tiba-tiba aku nampak bangunan ni, aku tertanya-tanya, Ape tu? Masjid ke? Takkan la Putrajaya nak buat dua masjid kot……
Sekarang aku baru tahu ia memang masjid…er, 2 buah masjid di Putrajaya? ermm..maknanya orang kene pilih la nak sembahyang kat mane ye?

FAKTA :
- Pembinaan masjid dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 dan dijangka siap sepenuhnya pada OGOS 2009
- Putrajaya memang merancang 2 tapak kawasan untuk pembinaan masjid sejak dahulu lagi
- rujukan yang digunakan -stadium terkenal milik pasukan Real Madrid iaitu Stadium Bernabeu, perpustakaan negara, Paris dan ruang letak kereta di Barcelona.

Design
- berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).
- Dinding menggunakan Crystalized glass.
- sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) digunakan bagi menggantikan sistem penghawa dingin dan kipas.
- Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra,Spain.
- Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.
- Dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir Surah Al Baqarah and Surah Ibrahim.
- Hanya 1 kubah yang dibuat dari besi

FAKTA: Kemudahan disediakan
# Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
# Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
# 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
# Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
# Dapur
# Bilik VIP
# Bilik penyelenggaraan
# Bilik jenazah
# Pejabat
# Bilik kawalan audio visual
# Ruang letak kereta (bawah tanah)
Kiblat Walk – Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat
Iwan Utama – Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna
Sahn – Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang
Dinding Mihrab – Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara
FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya
# RM180 juta – Kos pembinaan
# 60,156 – Meter perseti, luas masjid
# 20,000 – Kapasiti jemaah.

MENGAPA DIBINA???
Lokasi masjid ni dikatakan berdekatan, tapi tak sebenarnye, jauh la jugak. Mak aku kata, masjid yang sedia ada ni tak mampu nak tanggung jemaahpada hari jumaat. Ia juga disediakan untuk kakitangan kerajaan yang berkerja berdekatan.
Apabila Masjid Besi ini telah siap, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan mengambil alih pengurusannya dan akan mengatur segala aktiviti keagamaan yang akan dijalankan.

Korang boleh cakap apa sahaja yang Korang suka…..
Namun aku tetap bersetuju kalau masjid tu dibina, lagi banyak masjid lagi bagus walaupun yang datang bersembahyang walaupun seramai 3 orang saja.
Mungkin sekarang ia nampak tak perlu, namun Allah itu maha besar dan maha mengetahui mengapa masjid itu harus dibina.Aku percaya lambat laun masjid yang akan didirikan itu akan dipenuhi oleh orang yang beriman di masa akan datang. Allahuallam
Sumber
Masjid Besi Putrajaya siap Ogos
http://azhanjalan.wordpress.com/2007/11/13/masjid-besi/
Putrajaya dah ada dua buah masjid, Masjid Putra dan Masjid Besi. Bila la agaknya jirannya, Cyberjaya nak ada sebuah Masjid?











Akhir zaman , masjid dibina untuk bermegah2 dengan seni ukirannya , solat jemaahnya kurang..fikir – fikirkanlah , dan selamat beramal..
jiwakacaks last blog post..Di sebalik gosip ustaz akhil hayy dengan waheda
[Balas Komen ni]
lawa lar masjid nie…tapi harap harap..ramai la jemaahnya…
pears last blog post..Jalan Alor dan pengalaman berharga
[Balas Komen ni]
Shifaa Reply:
May 26th, 2009 at 7:45 pm
ramai sebenarnye, terutama bila sembahyang jumaat
[Balas Komen ni]
jang Reply:
January 27th, 2010 at 12:12 pm
tambahan…solat teramikh juge..
[Balas Komen ni]
mase part 4 kite g xsiap lagi..mase part 5 kite g lagi pun xsiap lg..huhu
Lady Leayas last blog post..Award dan Tag dari Mesmerising1.com
[Balas Komen ni]
eh.. tak siap lagi ke masjid ni? da lama ku tunggu.. padahal kat masjid putrajaya pun tak penah solat lagi..
tapi grafik tu sgt cantik.. nice.!
myadlans last blog post..2nd AAD Degree Show 2009
[Balas Komen ni]
cntk..cntk..
mntk2 ah nnt rmai yg solat kt c2..
izas last blog post..Masjid Besi- Landmark Baru di Putrajaya
[Balas Komen ni]
waaa masjid besi laa plak, dulu masjid kristal.. pasnie masjid kertas, plastik, tanah liat dan lain2.. huhu,
aku dah semayang kat masjid first putrajaya, tunggu yang besi nie siap, aku nak gi semayang lagi, jadik imam.. hehe!!
samanosuke_04s last blog post..Nudging Nizhny : Memory (part finale)
[Balas Komen ni]
Shifaa Reply:
May 29th, 2009 at 5:00 pm
wat masjid kertas @plastik cam best….jimat kos
[Balas Komen ni]
hmm….
katakanlah…
tgh2 semayang ada berlaku panahan petir…
tak ke cuak org kat dlm masjid…
huhu…
keiroros last blog post..semuanya berpunca kerana duit.
[Balas Komen ni]
Shifaa Reply:
May 29th, 2009 at 5:01 pm
hehe..kalau dah takdir
[Balas Komen ni]
Memang indah rekabentuk masjid tu…. semoga ada aktiviti mengimarahkannya setiap hari….
hazman aka species1980s last blog post..Syarikat Internet Rusia labur dalam FACEBOOK
[Balas Komen ni]
so cantekla..
klu wt project 3D ni mst gmpak..
tp malangnye Bf ak da chop dlu..
[Balas Komen ni]
Shifaa Reply:
May 29th, 2009 at 5:02 pm
wahh,,,…ko terer 3d??
[Balas Komen ni]
lebih baik cyberjaya dibina sebuah masjid untuk menampung keperluan orang Islam di situ.
aidilxs last blog post..Al-aqlus salim fi al-jismis salim
[Balas Komen ni]
masjid ni ada jaminan stainless steel tak.nanti satu bangunan berkarat hahahahahr
[Balas Komen ni]
pasni nak masjid emas pulak.
G-kins last blog post..Motivational Poster
[Balas Komen ni]
aku setuju dgn pembinaan masjid dr bina bgunan yg bukan2..
[Balas Komen ni]
hoho siyes semat la dia nya design… best² dan amat best… kalo tak baca blog ni mesti aku tak taw ada masjid baru kat pjaya… aku ari² g sana leh plak tak nampak masjid tuh (nampak sgt jauh da tersorok).. hahaha… tahnx 4 da info…
Kill-Vearns last blog post..SmartWhoIs: Domain & IP Lookup
[Balas Komen ni]
hehe..aku baru jumpa bakal imam kat situ tadi..
insyaAllah akan mula operasi 15 ogos 2009..
so,puasa ni leh le terawih kat sana
[Balas Komen ni]
Alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya terbina sebuah lagi masjid di tanah airku yg tercinta ini….. sekurang-kurangnya bukan kuil ke atau gereja ke..
kayUsugis last blog post..Elakkan kebakaran
[Balas Komen ni]
Shifaa Reply:
July 19th, 2009 at 5:40 am
aku setuju
[Balas Komen ni]
kn lebih elok kalu duit 180 juta tu dibuat untuk mengimarah kn masjid2 yg ader… satu hari nnti umat islam ni bagaikn buih2 di laut… islam hanye pd nama… fikirkn la
[Balas Komen ni]
weh…aku suka masjid ni weh………
nak gak aku gi solat kat situ…tapi, taun bile,, coz aku dok jauh…hehe
[Balas Komen ni]
Shifaa Reply:
September 19th, 2009 at 12:28 pm
kalau ade rezeki dapat la -) insyaallah
[Balas Komen ni]
aku dah sembahyang kat masjid tuh…
mmg best la…
lain gler ngan masjid lain..
ruang sembahyang tu kan dikelilingi kolam air…lebih kurang infinity water pond
ble duduk kt tepi kolam tuh korang akan nampak kolam tuh mcm bersambung degan tasik putrajaya…
[Balas Komen ni]
Shifaa Reply:
September 25th, 2009 at 1:15 am
wahh..ye ke
[Balas Komen ni]
Cantik giler…..gempak giler…..sekarang dah bukak ke masjid ni ? Memang jadi tarikan no.1 lepas ni…… Subhanallah….
Catik
[Balas Komen ni]
xsmpat r nk g maye rayo sna pg tdi….
so….maye kt pd je r..
[Balas Komen ni]
masjid wilayah persekutuan pun kalau sembahyang fardhu 5 waktu pun tak sampai 1 saf yg penuh. ni kan masjid besi. ala mmg akhir zaman (nk dekat kiamat ni) kan dlm al quran ada sebut, masjid besar dibangga tapi masjid tu tak diimarahkn. Di imarahkn bermaksud tak diramaikan.
sbbnya ialah fungsi masjid pd akhir zaman ialah cuma utk solat. zaman2 rasullah dulu masjid adalah tmpt utk org bermusafir. tmpt belajar. tmpt tido bagi org bermusafir. tmpt berlatih perang. tmpt berbincang ekonomi islam. mcm2 lg la.
biasa la nk kiamat nk buat mcm mana. nabi pun ada sebut umat islam takkan dpt balik masjid al aqsa selagi masjid2 tidak dipenuhi.
[Balas Komen ni]
salam.
la aku baru tau ada masjid baru kat putrajaya.
aku sangka masjid putra saja menjadi landmark putrajaya..
mana nk pasan, aku pi putrajaya malam..
[Balas Komen ni]
Aku cume pernah lalu je kat sane …….pelum pernah gi solat lagi………..
[Balas Komen ni]
Memang menarik, tapi belum berpeluang solat kat situ lagi.
[Balas Komen ni]