Taj Mahal Mulai Senget!

Salah satu daripada tujuh keajaiban dunia,Bangunan Taj Mahal dilaporkan telah senget.Ia juga adalah salah satu dari tapak warisan sedunia yang diiktiraf UNESCO.Keadaan ini dikatakan berpunca daripada Sungai Yamuna yang kekeringan air.

Ini sekaligus menjejaskan air bawah tanah dan memberi kesan kepada struktur menara berkenaan.Asas binaannya bergantung atas andas kayu jati yang tidak reput dalam air.Teknologi berkenaan menjadikan taj mahal kalis gempa. Semua menara berkenaan dibina di empat penjuru bagi mengimbangi berat bangunan ini.

Kajian Jabatan Alam Sekitar Universiti Agra juga mendakwa,fenomena yang sama turut menyebabkan keretakan.Sejak tiga dekad lalu,salah satu menara berkenaan dilaporkan senget 3.57 sentimeter,bagaimanapun ia tidak menjejaskan struktur ketinggianya.

Taj Mahal dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal,isterinya yang kelima.Bangunan ini dibina pada tahun 1632 dan siap pada 1648.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge