Chelsea Terpaksa Pulang Awal

Chelsea mencipta sejarah hitam apabila menjadi juara bertahan pertama yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan pada kempen Liga Juara-Juara.Skuad The Blues gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati meskipun membelasah FC Nordsjaelland 6-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E di Stamford Bridge.

Kemenangan itu tidak mampu menyelamatkan maruah Chelsea yang dibimbing pengurus sementara,Rafael Benitez.Selepas mengharungi enam perlawanan,Juventus muncul pendahulu setelah mengumpul 12 mata manakala Donetsk dan Chelsea berkongsi 10 mata tetapi kelab Ukraine itu mara berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan.

Pada perlawanan tersebut,penyerang kontroversi Sepanyol,Fernando Torres meledakkan dua gol manakala David Luis,Gary Cahill,Juan Mata dan Oscar masing-masing menyumbang satu gol.Meskipun gagal,keputusan itu menghadirkan rasa gembira buat Benitez kerana ia adalah kemenangan sulungnya sepanjang empat perlawanan sejak tiba di Stamford Bridge.

Benitez bertekad untuk membantu Chelsea melakar kemenangan pada pertandingan berprestij kedua di Eropah iaitu Liga Europa.Menurut Benitez,pada perlawanan menentang Shakhtar,Chelsea melakukan 32 percubaan ke arah gol,18 sasaran tepat serta menjaringkan enam gol tetapi mereka tetap melepaskan banyak peluang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge