Ditawar RM3 juta cerita karut, Apex kekal hingga 2015

Berita sebelum ini yang mengatakan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat  ditawarkan kontrak RM3 juta adalah cerita karut. Perkara ini disuarakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan , Azman Ibrahim.

“Surat pun kita tak terima, jadi macam mana cerita karut ini boleh timbul.”“Mereka buat pelbagai kenyataan tetapi satu apa pun (surat) kita tak terima setakat ini. Mungkin ini satu tawaran yang bertujuan untuk mensensasikan perkara yang tidak masuk akal,” katanya.

Azman Ibrahim juga menggangap khabar angin ini sengaja dicetuskan pihak-pihak tertentu bagi mengganggu emosi pemainnya menjelang Final Piala Malaysia, sabtu ini.

Sementara itu bagi Khairul Fahmi  atau Apex, beliau menyatakan dia perlu profesional menangani isu ini dan sebarang khabar angin tidak menjejaskan tumpuannya untuk final nanti.

“Saya tidak tahu pasal tawaran ini dan menyerahkan segala-galanya pada pihak pengurusan,” katanya.


Gambar Khairul Fahmi Che Mat – Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge