Guiza Ikat Kontrak Setahun Dengan Johor

Pemain Import baru Johor dari Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza, 32 telah  menandatangani kontrak selama setahun dengan Johor semalam.

Nilai kontrak dan gaji bekas pemain dari Getafe ini tidak pula dinyatakan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

“Mengenai soal nilai pembayaran kontrak termasuk gaji yang diterimanya, kita tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia,” kata Suhairi Hashim iaitu Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Sementara itu,  Daniel Gonzales Guiza berazam untuk menjaringkan gol pada setiap perlawanan dan mahu muncul sebagai penjaring terbanyak.

Guiza dikhabarkan akan pulang semula ke Sepanyol bagi meraikan sambutan Hari Krismas .

Gambar Guiza ketika hadir ke Majis menandatangani kontrak semalam di sebuah Hotel di Johor Bahru, semalam – foto kosmo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Guiza Ikat Kontrak Setahun Dengan Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge