Harimau Muda Mengaum Lagi

Skuad harimau muda negara mengakhiri kempen perlawanan persahabatan di Australia dengan kemenangan apabila mengalahkan Mariners FC dengan keputusan 4 – 1. Jaringan Malaysia dilakukan oleh Ahmad Fakri, Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri. Nampaknya Fakri dan Thamil Arasu ni boleh plak score gol. Haha.

Manakala, pemain muda baru dan berbakat Ahmad Hazwan Bakri berterusan menarik perhatian ramai dengan menjaringkan dua gol setelah sebelum ni ketika mengalahkan Sydney FC pun dia menjaringkan dua gol. Walaupun masih terlalu awal untuk menjangka sesuatu daripada dia tetapi yang penting kita tak ketandusan bakat baru.

Harap mereka dapat meneruskan prestasi seperti terutamanya dalam perlawanan yang sebenar. Dari segi permainan dan semangat mereka ini sememangnya boleh diharap. Dengan bakat2 muda seperti Nazmi Faiz, Hazwan Bakri dan lain2, pasukan kita boleh digilap lagi dan perlu terus diberi sokongan padu oleh peminat.

Malaysia Memang Boleh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge