Johor Beli Pemain Import Dari Liga Itali Pula

Selepas berjaya mengikat kontrak dengan bekas pemain Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza, Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) dikhabarkan akan membeli seorang lagi pemain import, kali ini dari Liga Itali pula ( Serie A).

Pemain import itu adalah Simone Del Nero, 31 tahun, merupakan bekas pemain tengah Lazio dan kini bermain untuk kelab A.C Cesena secara pinjaman dalam saingan Serie B Liga Itali .

Simone Del Nero dijadual akan menandatangani kontrak semusim dengan Johor harini.

“Del Nero akan beraksi dengan Johor bukan secara pinjaman sebaliknya kita akan mengikat kontrak selama setahun. Bagaimanapun, sebelum sebarang kontrak ditandatangani dia mahu melihat dulu syarat-syarat yang ditetapkan.

 “Saya rasa tidak akan ada masalah untuk dia menurunkan tandatangan sekali gus beraksi bersama kita. – kata Suhairi Hashim iaitu Setiausaha Kehormat PBNJ.
Simone Del Nero (kiri) ketika bersama Lazio. -foto Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge