Johor Nak beli Mat Yo

Dilaporkan Persatuan Bola Sepak Johor, PBNJ berminat untuk membeli penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha bagi menyarung jersi pasukan negeri itu musim depan.

Difahamkan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan nama  Mat Yo menerima tawaran  RM80,000 daripada Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) dan persatuan terbabit sanggup menebus kontrak pemain berkenaan bersama Kelantan.

Walaubagaimanapun , permohonan Mat Yo untuk berpindah telah ditolak KAFA.

“Setelah Jawatankuasa Pasukan bermesyuarat, kita menolak permohonan Mat Yo kerana masih ada kontrak setahun beraksi dengan Kelantan. Surat tersebut saya serahkan sendiri kepada beliau di Kuala Lumpur, tiga hari lalu.

“Mungkin beliau akan kemukakan rayuan, tetapi setakat ini saya masih belum terima apa-apa surat (rayuan) daripadanya. Jadi kita ambil pendekatan tunggu dan lihat dalam menangani perkara ini,kata Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail.

Selain Mat Yo, beberapa pemain ternama lain juga turut dipancing PBNJ. Antaranya Safiq Rahim, Mohd Nurul Azwan Roya, Daudsu Jamaluddin. Setakat ini PBNJ telah berjaya mendapatkan Mohd Aidil Zafuan,  Mohd Zaquan Abdul Razak, Azmi Muslim, dan Muslim Ahmad.

Mat Yo (tiga dari kanan) telah dinobatkan pemain paling bernilai 2012 . – foto Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge