Malaysia Kalahkan Sydney FC 3 – 0

Pasukan harimau muda negara yang sedang menjalankan latihan dan perlawanan persahabatan di Australia telah memang perlawanan menentang Sydney FC. Sydney FC ni merupakan pasukan top dalam liga Australia. Namun dikatakan pasukan yang diturunkan dalam perlawanan tersebut hanyalah pasukan simpanan sahaja. Tapi tak kisahlah, janji menang. Hehe.

Penjaring gol pasukan Malaysia adalah K Gurusamy. Ada jugak gol dari Gurusamy ni yer, ingatkan takleh score gol. Gol tu plak dari sepakan percuma, ok jugakla tu. Manakala dua gol lagi dari pemain simpanan Hazwan Bakri. Agak tak dikenali pemain ni, tetapi bagus jugak dia sebab dapat jaringkan dua gol. Bukan senang nak score gol. Leh ganti Fakri, Thamil Arasu dan Izzaq Faris yang selalu sia2kan peluang ni. Haha.

Apapun, banyak lagi perlawanan persahabatan yang akan dilalui oleh Malaysia. Lepas ni lawan Mariners FC? Entahlah, korang tengokjela berita nanti. Untuk pasukan Harimau Muda selamat berjuang. Kami sentiasa menyokong perjuangan dan penat lelah pemain Malaysia yang tak pernah berhenti untuk cuba mengharumkan nama negara.

Malaysia Memang Boleh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge