Yusmira Trading Tarik Diri Taja Kelantan Musim Depan

Selepas isu perpindahan pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha ke Johor menjadi perbualan hangat seluruh negara, perkara ini amat mengusarkan penaja-penaja pasukan gergasi pantai Timur itu.

Sehubungan itu, satu syarikat yang menaja pasukan bola sepak Kelantan selama ini, iaitu Yusmira Trading telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menaja pasukan itu dalam Liga Malaysia musim depan.

Perkara ini diumumkan oleh oleh Pengarah Urusan Yusmira Trading, Datuk Azlan Muhammad dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu semalam.

“Mat Yo (Norshahrul) merupakan ikon besar dalam industri bola sepak Kelantan, namun keputusannya mahu berhijrah ke pasukan lain membuatkan kami berada dalam dilema.

“Akhirnya kami membuat keputusan untuk tidak bersama Kelantan pada musim depan. Ia (keputusan) sememangnya begitu sukar tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain.

“Kami orang berniaga dan sudah tentu tidak mahu pelaburan (penajaan) ini memberi kerugian kepada syarikat kami,” katanya.

Gambar dari kanan, Datuk Azlan Muhammad dan peguamnya Rafizi Abdullah – foto Sinar Harian

logo Yusmira Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge