Zhuliang Bakal Meninggalkan Skuad Terjun Negara?

Menurut Ketua Pengarah MSN,Datuk Seri Zolkples Embong,minggu lalu,satu perbincangan telah dilakukan dengan Zhuliang mengenai kontraknya sebelum jurulatih kelahiran China itu berlepas ke Australia.Majlis Sukan Negara(MSN) secara dasarnya telah bersetuju dengan permintaan Yang Zhuliang mengenai setiap terma lanjutan kontrak baharunya.

“Kami sudah bincang sebelum ini dan bersetuju dengan apa yang dia (Zhuliang) minta.Kami buat seperti yang sepatutnya untuk semua jurulatih berkaitan cuti tahunan,rumah serta gaji.Bagaimanapun,mengenai pendidikan anaknya itu,dia tidak sebut sebelum ini,” kata Zolkples ketika diminta mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan Zhuliang bakal meninggalkan skuad terjun negara selepas kontraknya tamat pada penghujung bulan ini.

Sebelum berlepas ke Australia, Zhuliang telah memberikan bayangan awal bahawa beliau berada dalam dilema sama ada mahu kekal di Malaysia atau tidak.Zhuliang kini mengetuai skuad terjun pelapis negara berada di Adelaide,Australia bagi menghadapi Kejohanan Remaja Dunia FINA yang akan berakhir pada 13 Oktober ini.

Bagaimanapun, persoalan sama ada Zhuliang akan terus membimbing skuad terjun negara atau sebaliknya hanya akan terjawab sebaik sahaja jurulatih berusia 48 tahun itu pulang ke Malaysia pada 21 Oktober nanti.

“Sepatutnya dia pulang ke tanah air pada 14 Oktober ini tetapi beliau mohon untuk melanjutkan tempoh berada di sana (Australia) kerana mahu menyelesaikan hal peribadi.Jadi kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku apabila dia pulang nanti.Saya harap Zhuliang akan kekal(membimbing skuad terjun negara),” tambah Zolkples.

Difahamkan, Zhuliang yang telah mendapat kerakyatan Australia bakal ditawarkan kontrak selama dua tahun dengan pilihan melanjutkan perkhidmatan sehingga program Sukan Olimpik 2016 di Rio.Ketika ini,Zhuliang dibantu oleh dua lagi jurulatih lain iaitu Zhang Yikun dan Huang Qiang.

Zhuliang bertanggungjawab membimbing penerjun elit iaitu Pandelela Rinong,Wendy Ng Yan Yee,Traisy Vivien Tukiet,Leong Mun Yee,Cheong Jun Hoong,Bryan Nickson Lomas,Yeoh Ken Nee dan Huang Qiang.

“Zhuliang pernah berkata sebelum ini yang beliau gembira melatih penerjun negara,jadi adakalanya kita tidak boleh jadikan bayaran gaji sebagai faktor jurulatih kekal atau tidak.Sebelum ini dia pernah ke Australia kemudian selepas beberapa tahun di sana,beliau telah kembali ke Malaysia untuk melatih atlet negara,” tambah Zolkples.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta MSN menyelesaikan segera isu Zhuliang yang dikhabarkan mahu meninggalkan skuad terjun negara selepas kontraknya tamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge