Berbasikal atas air

Korang pun boleh buat. Sumpah, tak tipu. Cuma tambah botol air je. Tapi ingat, kalau rase berat badan korang lagi berat dari perempuan ni, jangan naik ye, nanti dah tak timbul-timbul plak.

Basikal Daripada Kotak

Tahu tak, kecurian basikal berlaku setiap 71 saat di England. Jadi, bagi menyelesaikan masalah ni, seorang pelajar reka sebuah basikal yang murah supaya orang tak nak curi. Yela, besi kan mahal sekarang, pastu dia pakai kotak je. Huh, kotak? Macam tak percaya je…