Jimmy Shanley Kini Deejay U FM

Pengacara TV,  Jimmy Shanley kini bergelar deejay radio di U FM. Menurut Jimmy dia mula bertugas di stesen radio U FM sejak hari  Isnin lalu menerusi segmen pagi yang bermula pada pukul 6 hingga 10 pagi dan Jimmy bertugas bermula dari hari Isnin sehingga Jumaat. Kata Jimmy , U FM… Read more

Shahidan Kassim Nafi masuk PAS

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan  yang dia akan masuk PAS. Isu ini timbul gara-gara gambar beliau bersama pemimpin Pas Kedah terpampang pada kain rentang membabitkan program anjuran Pas Kuala Kedah. “Saya tidak hadir Majlis Wacana Ilmu Anjuran PAS Kedah pada malam esok. Saya juga tidak… Read more

Pukauan Pak Arab

Sekumpulan tiga pelancong Arab didapati bergiat aktif menyamun butik atau kedai di Kuala Lumpur menggunakan kaedah pukau. Mereka terdiri daripada seorang wanita berumur 50 an dan 2 orang lelaki. Taktik mereka untuk melakukan jenayah itu ialah berpura-pura memasuki sesebuah premis terutama menjual cenderamata kepada pelancong sebelum berpura-pura membeli satu daripada… Read more

Kelantan temui minyak di KB, akan usaha sendiri

Berita melaporkan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan. Perkara ini akan disahkan tidak lama lagi apabila kerajaan negeri Kelantan bakal melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji kewujudan minyak itu. “Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu… Read more

Benteng Empangan Paya Peda, Besut terpaksa dipecah

Dilaporkan sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut, terengganu yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk sekitar. Perkara ini terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan. “Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum… Read more

Fazurina nafi bernikah di Siam

Pelakon Siti Fazurina Mohd. Famir yang terkenal dalam drama Puteri menafikan tomahan sesetengah pihak yang mengatakan dia ‘kahwin lari’ dengan suaminya Muhammad Hykal Zulkifli di Thailand setelah tidak mendapat restu keluarga. Menurut Fazurina dia dan suaminya sebenarnya telah selamat melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Jamek Sungai Pinang,Pulau Pinang pada 20… Read more

Arja Lee mahu jadi penyanyi

Pelakon filem …. Dalam Botol, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli bakal muncul dengan sebuah single tidak lama lagi. Lagu itu diberi judul Cerita Pada Mereka, lagu ciptaan komposer Keroz Nazri. “Single itu bukan kerana syok sendiri tetapi dilakukan atas keyakinan sendiri apatah lagi bermulanya saya dalam dunia hiburan… Read more

Amah Diminta Jauhi Malaysia

Pembantu rumah Indonesia perlu mengelak daripada bekerja di Malaysia,kata Kedutaan Indonesia di sini semalam sebagaimana dipetik daripada laporan agensi berita asing AFP.Ia berikutan skandal terbaharu yang menyaksikan 105 wanita asing dikurung dan dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji di Klang,Selangor baru-baru ini. Kes terbaharu pada Sabtu lepas itu susulan serbuan oleh… Read more

Laman web Iswami di Hack

Laman web Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) telah di hack oleh pihak tertentu dipercayai orang yang melakukannya adalah berasal dari Indonesia. Difahamkan Laman web ini iaitu http://iswami.org.my dikatakan di hack sejak tiga hari lalu dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Pengodam tersebut telah menyiarkan kata-kata provokasi terhadap rakyat negara ini… Read more

Misteri Pulau Sandy yang tidak ditemui

Dilaporkan beberapa orang saintis Australia yang dianggotai Dr. Maria Seton dari Universiti Sydney gagal menemui Pulau Sandy selepas misi pelayaran pencarian mereka selama 25 hari. Pulau ini terletak di Laut Coral, barat Pulau Australia dan dikatakan ada dalam beberapa peta dunia dan menerusi enjin carian peta Google. Menurut Seton, atlas… Read more