10 Anggota Bomba Disambar Api

10 daripada anggota bomba yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran di sebuah kilang tayar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa mengalami kecederaan.Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam apabila sebuah tangki minyak silinder yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan api menyambar anggota terbabit. Menurut Pengarah… Read more

Lima Ratus Warga Asing Diserbu Di Kawasan Setinggan.

Sebuah operasi telah dijalankan di Jalan Klang Lama yang menempatkan kira-kira 500 warga asing yang kebanyakan dari Indonesia.Penempatan setinggan yang digelar Jakarta mini itu diserbu pasukan penguat kuasa pada pukul 11 malam. Operasi bersepadu itu diketuai Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara,Jabatan Pertahanan Awam dan… Read more

Farid dan Diana Bulan Madu Di Turki.

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti,Diana Danielle dan Farid Kamil yang selamat dinikahkan semalam.Mereka dikatakan akan berbulan madu di Istanbul,Turki pada bulan depan.Pada mulanya mereka merancang untuk mengerjakan umrah tetapi ia terpaksa ditunda gara-gara kesukaran mendapatkan visa ke Tanah Suci pada bulan Disember. Farid Kamil dan Diana selamat dinikahkan di Hotel… Read more

Pembantu Rumah Aznil Nawawi Warga Indonesia Disyaki Mencuri

Dilaporkan sejumlah barang kemas milik ibu Aznil Nawawi disyaki dicuri oleh pembantu rumahnya warga Indonesia. Kejadian ini berlaku di rumahnya di Taman Yarl, Jalan Klang Lama dan disedari kira-kira pukul 2 petang Jumaat. Aznil Nawawi menerusi  Twitternya  meminta orang ramai yang mengenali pembantu rumah yang bernama “Soimah” itu agar memberkasnya… Read more

Cara Melindungi Ingatan.

1.Mengambil makanan berkarbohidrat untuk sarapan Meninggalkan pengambilan karbohidrat boleh merosakkan ingatan.Kajian oleh Tuft University mendapati golongan berumur yang meninggalkan pengambilan karbohidrat dalam diet mereka melakukan ujian berdasarkan ingatan lebih teruk daripada yang mengambil karbohidrat.Hal ini kerana ingatan sel otak memerlukan karbohidrat yang seterusnya ditukarkan menjadi glukosa.Ambil bijiran atau makan yang… Read more

Petronas temui minyak Bertam

Dilaporkan Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307. Medan minyak ini terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan Negeri Pahang  pada kedalaman air 76 meter. Perdana Malaysia, Datuk Seri Najib… Read more

Taufan Sandy Tenggelamkan New York.

Pertembungan antara dua aliran cuaca bertukar menjadi taufan dan hampir menenggelamkan kota raya New York.Ini menjadikan Sandy sebagai taufan paling digeruni dalam sejarah Amerika Syarikat.Sandy yang mulai membadai telah menyebabkan sebahagian besar kawasan rendah di Manhattan dilanda banjir sehingga bandar raya yang menjadi ikon Amerika Syarikat itu terputus bekalan elektrik…. Read more

Budak Cedera Ditanduk Lembu Korban.

Di Karachi,Pakistan seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha.Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu. Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih.Pemilik lembu terbabit,Abdul Quddoos berkata,lembu korban tersebut… Read more

Pelajar buang bayi ke dalam sungai

Dilaporkan 2 remaja lelaki berumur 17 tahun telah ditahan polis kerana disyaki membuang bayi yang baru lahir ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, Perlis, malam kelmarin. Bayi perempuan yang cukup sifat itu dikatakan dilahirkan oleh seorang pelajar sekolah agama disini. Difahamkan Kejadian buang bayi tersebut… Read more

Banglo Bekas Menteri Musnah Terbakar.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk T. Murugiah mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila banglo tiga tingkat miliknya musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas dekat Jalan Berlian 1,Taman Perwira,Gombak.Bagaimanapun,kejadian pada pukul 8.30 malam itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana kesemua lapan ahli keluarga termasuk pembantu rumahnya keluar. Menurut Murugiah,49,dia dimaklumkan mengenai… Read more