TM perkenal dua saluran sukan untuk pelanggan

HyppTV, TM telah memperkenalkan 2 saluran sukan baru, iaitu HyppSports HD Channel (Saluran 174) dan FOX Football Channel (Saluran 173).

“Kami berbangga mengumumkan buat pertama kali bagi perkhidmatan televisyen berbayar di Malaysia, peminat boleh menikmati empat perlawanan langsung Kejohanan Liga UEFA dan Liga Eropah UEFA menerusi HyppSports HD dan saluran sukan lain, secara serentak,” kata Jeremy Kung iaitu Naib Presiden Eksekutif HyyppTV New Media .

Hyppsports HD Channel, yang merupakan usaha sama TM dan saluran sukan 24-jam Pan Asian, iaitu All Sports Network (ASN).

FOX Football Channel pula merupakan saluran tanpa henti yang menyiarkan antara liga bola sepak terbaik di dunia seperti La Liga BBVA Sepanyol, Eredevisie Belanda, Liga Perdana Rusia dan Divisyen Primera Argentina.

Saluran ini boleh ditonton secara percuma sepanjang bulan ini oleh Pelanggan HyppTV .

Jika ingin melanggan siaran ini untuk bulan depan, pelanggan boleh berbuat demikian dengan langganan secara ala carte pada harga RM15 sebulan atau digabungkan pada harga RM25 sebulan.

Telekom Malaysia kini maju lagi setapak kehadapan – foto Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge