Tips Sempoi : Membuat Research Market Untuk Produk Anda

keyword reaearch

Tips membuat research market untuk produk anda jual secara online. Kaedah ini cukup mudah, dan saya pasti ramai yang mampu membuatnya dengan mudah.

Tujuan kaedah ini adalah untuk menilai 2 perkara iaitu :-

  • Permintaan Produk
  • Persaingan

Research Permintaan Produk

Sebelum kita menjual produk online, kita kena tahu adakah permintaan terhadap produk itu tinggi dan berbaloi.

Ada banyak tool yang boleh kita gunakan, tetapi salah satu cara yang senang adalah dengan menggunakan Google Adwords Keywords Tools.

Taip Keyword yang ada inginkan, setkan untuk Local mengikut kawasan yang ingin anda pasarkan produk anda, serta setkan juga untuk monthly search.

keyword reaearch

Dari sini akan lihat berapa jumlah search terhadap keyword produk kita. Selepas itu kita perlu pastikan pula sejauh mana persaingan produk ini.

Kaedah Research Persaingan Keyword

Ikut beberapa langkah mudah di bawah ini.

1. Mula buka google.com atau google.com.my

2. Taip allintitle: keyword anda . Contohnya seperti anda ingin tahu persaingan bagi keyword “jubah lelaki” jadi anda taip “allintitle: jubah lelaki”.

3. Cuba perhatikan nombor yang tertera di bawah search bar, itu adalah jumlah persaingan bagi keyword produk anda.

keyword persaingan

4. Sekarang cuba kira ratio demand/competition pula. Formulanya amat senang, anda cuma perlu bahagikan Local Monthly Search dengan Jumlah Persaingan. Contohnya dibawah ini.

Local Monthly Search / Jumlah Persaingan = ration persaingan

3,970 / 6,090 = 0.651

Itu sahaja dahulu tips daripada saya, jangan lupa untuk turut melawati laman blog saya Blogger Lelaki. Diharap dengan sedikit perkongsian in akan membantu anda dalam menguasai pasaran online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Tips Sempoi : Membuat Research Market Untuk Produk Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge