6 Tips Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur

Pernah tak anda rasa letih atau macam tidak larat hendak bangun dari katil?Apabila berdepan situasi sebegini,pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana,mungkin ianya bukan satu masalah tetapi kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan,ianya memang masalah besar. Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni,terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan.Bermula daripada sebelum anda tidur,sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.

6 tip yang saya maksudkan adalah:

1.Sebelum tidur,pastikan diri anda dalam keadaan bersih.Basuh dulu bahagian muka,tangan dan kaki.Bagi anda yang beragama Islam,sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.

2.Elakkan tidur terlalu lewat.Paling lewat pun,sebelum pukul 12 anda dah tidur.Lagipun,ia memang tak baik untuk kesihatan.

3.Setelah anda tersedar dari tidur,lakukan senaman ringan di atas katil.Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil.Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit.

4.Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam.Kalau nak senang,anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos.Bila pagi,anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

5.Bagi anda yang beragama Islam,ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.

6.Pastikan minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge