Kegunaan-Kegunaan Lain Ubat Gigi

-Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati disengat serangga dan menghindarkan dari terluka.
-Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
-Mengecilkan jerawat.Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur.
-Mengilatkan kuku.
-Menghilang bau di tangan seperti bau bawang,hanyir ikan dan sebagainya.
-Membuang dakwat pen di pakaian.Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
-Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
-Membuang kesan krayon di dinding.Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
-Membuat perhiasan perak berkilau.Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam.Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.
-Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD.Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan,kemudian bilas dengan air bersih.
-Menghilangkan bau masam pada botol bayi.Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
-Menghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
-Membersihkan cermin mata menyelam(google) supaya terang.Penyelam,perenang dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini.Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
-Membersihkan Casing Monitor/Laptop.Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
-Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge