Tips Dan Panduan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29

peperiksaan-online-penolong-pegawai-tadbir-gred-n29

Perhatian kepada calon peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29, yang akan menduduki peperiksaan pada 5 disember nanti.

Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi soalan-soalan yang bakal diajukan nanti?

Jangan ambil mudah kerana ada juga calon yang gagal dalam peperiksaan online ini, antara punca mereka GAGAL adalah sebab tidak membuat persedian awal.

Sejak daripada zaman sekolah, cikgu saya selalu pesan. Kita kena buat persediaan awal, sediakan payung sebelum hujan. Kalau nak ambil exam kita kenalah buat ulangkaji agar kita tidak jadi ‘blank’ apabila hendak menjawab soalan nanti.

Saya akan berkongsi serba sedikit panduan untuk membantu calon peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 menjawab soalan nanti.

peperiksaan online penolong pegawai tadbir

Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29.

Sebelum kita pergi kepada contoh soalan Penolong Pegawai Tabdir (PPT), mari kita lihat terlebih dahulu format soalan, diaman ia dibahagikan kepada 2 seksyen utama iaitu :-

a) Seksyen A : Pengetahuan Am

b) Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Untuk memberi kefahaman lebih lanjut kepada calon kita akan kupas lebih lanjut tips bagaimana hendak bersedia menghadapi peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 ini.

 

Panduan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

1. Cuba jawab soalan yang muda atau yang ada tahu jawapan dengan yakin terlebih dahulu.

2. Bagi soalan yang susah atau anda tidak pasti dengan jawapannya, anda boleh langkau (skip) ke soalan seterusnya. Jangan risau soalan yang belum dijawab akan diberikan tanda warna “kuning”.

3. Bersedia lebih awal di hadapan komputer /laptop 15 minit awal.

Tips Mnejawab Seksyen A : Pengetahuan Am

Masa : 40 minit (8:00 pm hingga 8:40 pm)
Bilangan soalan : 50 Soalan

Anda boleh ulang kaji baca buku nota Pengajian Am tingkatan 6, baca juga secara umum tentang dasar-dasar kerajaan yang terkini, pentadbiran, hal ehwal dalam negara dan luar negara dan seumpamanya.

Berikut antara topik yang patut anda berikan perhatian. Rukun Negara, PLKN, Perundangan Negara, Perlembagaan Persekutuan, Hubungan luar negara (ASEAN, OIC dan PBB), Agensi kerajaan, Dasar-dasar kerajaan yang terkini seperti NKRA, NBOS, Insentif kerajaan untuk kebajikan rakyat serta Berkaitan pembentangan Bajet 2016.

Tips Menjawab Soalan Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Masa : 45 minit (8:55 pm hingga 9:40 pm)
Bilangan Soalan : 40 soalan

Pada seksyen ini anda akan diuji kemahiran logik, kemahiran meninterpretasi data dan kaedah matematik.

Soalan matematik yang diajukan adalah mudah, cuma ia lebih kepada menguji cara calon menyelesaikan masalah pengiraan matematik. Penting untuk calon fahamkan betul-betul soalan yang diajukan.

Kemahiran logik ini sebenarnya calon boleh berlatih dengan bermain permainan IQ. Soalan yang ditanyakan adalah untuk menilai tahap kreativiti calon dalam berfikir.

Kemahiran menganalisi data pula adalah untuk menilai tahap ketelitian calon terhadap data-data yang diberikan seperti membaca graf, carta dan seumpamanya.

Rujukan : http://www.bicarasemasa.com/2016/11/tips-peperiksaan-online-penolong-pegawai-tadbir-n29.html

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge