Duit Kutu RM9,000 Bawah Tikar Hilang

Seorang wanita yang juga peniaga kuih kehilangan duitnya yang disimpan bawah tikar dalam rumah. Duit itu juga merupakan duit kutu sebanyak RM9,000 yang baru diperolehinya.

Kehilangan dikatakan berlaku pada waktu subuh ketika dia sekeluarga sedang sibuk di dapur membuat kuih bersama anak2. Pencuri disyaki masuk melalui tingkap dan tanpa disedari mengambil duit tersebut.

Kejadian ini berlaku di Batu Rakit, K. Terengganu. Dikatakan juga ada rumah lain yang turut dimasuki pencuri yang sama. Memang malang la wanita tu, tapi nak wat camne tak ada rezeki.

Apapun, pasti ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Untuk pencuri tersebut, insaf2lah.

 

Leave a Reply