Guna gunting, kapak rompak mesin ATM

Macam-macam jenis cara nak merompak zaman sekarang, sebelum ni perompak-perompak larikan duit melalui lubang sampah dan yang terbaru ada yang guna gunting dan kapak untuk pecahkan mesin ATM.

Kejadian yang terbaru ini berlakuĀ di sebuah bank di Jalan Pasir Mas-Tendong. Walaubagaima usaha perompak itu gagal kerana perbuatan itu disedari orang awam sebelumĀ  melaporkannya kepada pihak polis.

Difahamkan suspek menggunakan pisau dan kapak dalam usahanya memecahkan mesin ATM itu. Ketika polis tiba disana barang itu masih melekat di mesin tersebut. Polis juga menjumpai besi kuku kambing, tukul besi dan pemutar skru di atas lantai.

Gambar keadaan mesin ATM yang cuba dipecahkan perompak menggunakan gunting serta kapak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.