Kafa hantar 37 Pemain dan Pengawai tunai umrah, Matyo turut tersenarai

Nama bekas pemain Kelantan musim lepas, Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya yang kini bermain untuk Johor Darul Takzim antara yang turut tersenarai dalam senarai 37 peserta termasuk pemain dan pegawai pasukan yang dihantar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Kerajaan Negeri Kelantan, untuk menunaikan umrah pada Ramadan tahun ini.

Pakej menunaikan umrah ini dihadiahkan kerajaan negeri atas kejayaan TRW meraih kejuaraan treble dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim lepas.

Bagi pemain dan pegawai pasukan bukan beragama Islam yang tidak menyertai rombongan ini, mereka akan mendapat ganjaran wang tunai setara dengan nilai pakej umrah tersebut.

Pada musim lepas Kelantan telah menjuarai 3 piala iaitu Piala FA, Piala Liga Super dan Piala Malaysia.

image

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat ketika menyampaikan replika cek pakej umrah kepada pemain Kelantan. – foto Sinar Harian

1 thought on “Kafa hantar 37 Pemain dan Pengawai tunai umrah, Matyo turut tersenarai

  1. Tahniah. Satu ganjaran yang baik untuk dunia akhirat.

    Eloklah pergi umrah sama sama

    Insyaallah memupuk kesefahaman bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.