Mayat Bayi Disangka Sampah.

Seorang jemaah Masjid Al-Rahman di Alor Setar terkejut apabila menemui mayat bayi di dalam beg kertas yang disangka mengandungi sampah-sarap.Mayat bayi lelaki tersebut dibuang di depan pintu tandas masjid itu kelmarin.

Beg itu ditemui pada pukul 8.45 malam iaitu ketika Ishak Chik,54,hendak menutup pintu pagar masjid selepas menunaikan solat Isyak berjemaah.

“Sebaik memandang ke arah tandas,saya dapati satu beg kertas diletakkan di depan pintunya.Saya ingatkan sampah tetapi apabila diangkat ia agak berat.Apabila ditinjau,berderau darah saya apabila mendapati ada sesuatu yang dibalut dengan kain putih seperti mayat.Sebaik diselak,saya bertambah terkejut apabila nampak muka bayi yang telah pucat,”ceritanya.

Menurut Ishak,dia terus memaklumkan kepada imam dan jemaah lain sebelum membuat laporan di Balai Polis Alor Merah.Bayi tersebut cukup sifat,masih bertali pusat dan berkulit sawo matang.

Dalam pada itu,Ketua Polis Daerah Kota Setar,Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan memberitahu,pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply