Tengkorak tergantung di pokok ditemui Sepang

Dilaporkan rangka milik seorang wanita dijumpai tergantung pada pokok di pintu masuk pentadbiran KLIA, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman, tengkorak mangsa tergantung pada pokok manakala rangkanya bersepah di atas tanah.

Hasil pemeriksaan mangsa berambut panjang dan memakai seluar jeans serta baju-T.Selain itu pasport milik warga China, kad kredit dan sejumlah mata wang asing turut ditemui berhampiran mangsa.Polis turut menemui tali sabut yang dipercayai digunakan untuk menggantung diri

Rangka wanita yang sudah meninggal dunia sejak sebulan lalu itu ditemui seorang pekerja landskap, kira-kira jam 11 pagi.

Polis meminta jika ada sesiapa ada maklumat berkenan kes ini sila ke balai polis berdekatan untuk membantu siatan. Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

image
Polis forensik melakukan siatan ditempat kejadian. – foto Sinar Harian

Leave a Reply